Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010, bagi tujuan mengumpul, memproses dan menyimpan
data peribadi anda, persetujuan jelas perlu diperolehi dari anda sebelum sesuatu perkhidmatan
dilaksanakan. Bagi tujuan memproses permohonan ini, data peribadi anda mungkin perlu didedahkan
kepada beberapa pihak tertentu seperti yang dinyatakan di dalam Borang Perlindungan Data Peribadi
Majlis Bandaraya AJor Setar (MBAS).
DEKLARASI
Dengan menandatangani borang ini, saya mengisytiharkan bahawa saya telah baca dan fahami serta
bersetuju untuk tertakluk kepada Borang Perlindungan Data Peribadi MBAS dan saya menyatakan
persetujuan dan memberi kuasa kepada MBAS:
-
Untuk meminta, memperolehi, mengumpul, memproses dan menyimpan kesemua maklumat data
peribadi dalam borang ini bagi tujuan memproses pemohonan ini dan semua tujuan-tujuan lain
yang diperlukan
oleh MBAS; dan
-
Untuk membenarkan MBAS menzahirkan data peribadi saya kepada pihak-pihak tertentu seperti
yang dinyatakan di dalam Borang Perlindungan Data Peribadi MBAS apabila dikehendaki bagi
tujuan yang dinyatakan di dalamnya.
Saya seterusnya mengesahkan bahawa kesemua data peribadi yang saya telah berikan adalah benar,
terkini dan tepat. Saya juga faham bahawa saya boleh memohon untuk mendapatkan akses kepada data
peribadi saya untuk tujuan mengemas kini atau membetulkan data tersebut. Sekiranya terdapat apa-apa
perubahan pada mana-mana data peribadi saya, saya akan memaklumkan kepada MBAS dengan serta merta.